Salam untuk semua. Sekali lagi KaDus Entertainment ingin memperkenalkan satu lagi album tempatan keluaran SMS (Simusic Studio) iaitu 'Variasi SMS'. Album ini boleh didapati dalam bentuk MTV Karaoke. Album ini dinamakan seumpama ini disebabkan terdapat 7 orang penyanyi baru dan lama digabungkan. Keistimewaannya, semua lagu yang dinyanyikan memang 'fresh' belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Dua di antara penyanyi ini memang sudah tidak asing lagi dalam dunia seni suara iaitu Simon Bukag dan anaknya Benn Simon Bukag. Manakala 5 orang lagi ialah penyanyi yang baru berkecimpung dalam arena seni suara. Mereka ialah Jack Simon Bukag (Mr. J), Jasly Bakandau, Patrick Emoditi, Aini Sombuil dan Asnizah Anluni. Album ini mempunyai 12 buah lagu di mana 4 di antaranya adalah bonus track.
12 buah lagu yang terdapat dalam album ini:
01. KAAKAL POINGANDAD: Asnizah Anluni
02. NATALUP TUPUSKU: Jasly Bakandau
03. POLOGOSO: Aini Sombuil
04. AISO NODI: Jack S. Bukag (Mr. J)
05. NUNG NOILAANKU SUANG GINAWONU: Benn S. Bukag
06. LISOKON KU TI TUPUSKU: Asnizah Anluni
07. IKA RANIKU: Jasly Bakandau
08. POINGKURO MAGANU DIYA: Jack S. Bukag (Mr. J)
Bonus Track:
09. KADA OKU SALAO: Simon Bukag
10. MUMBAL MOGOLIM DIYA: Partick Emoditi
11. KADA OKU PODOSIAI: Simon Bukag
12. KOPIISO INSAN TADAU: Patrick Emoditi
Dapatkan kedai album ini di kedai-kedai CD/Kaset yang berhampiran dengan anda, atau anda boleh terus melayari http://smsstudio.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang album ini. Pastikan anda mendapat yang original.
Sokonglah industri muzik tempatan Sabah!